No Image Available
TAFSIR SURAH YAASIN DARI PERSPEKTIF SAINS DAN SEJARAH
 Penulis: Zawawi Haji Ahmad  Category: al-Quran Lihat dan Baca
Deskripsi:

Surah Yasin merupakan surah yang ke-36 daripada 114 surah yang terdapat dalam al-Quranul-karim. Surah ini mengandungi 83 ayat, yang semuanya diturunkan ketika Nabi Muhammad s.a.w. berada di Mekah, kecuali ayat yang ke-12, yang diturunkan di Madinah selepas baginda berhijrah ke sana. Justeru itulah surah Yasin digolongkan dalam surah Makkiyah. Antara tujuan Allah menurunkan surah Yasin adalah untuk menambahkan keyakinan dan semangat baginda Rasulullah s.a.w. terhadap perjuangannya yang suci itu, khususnya ketika keadaan menjadi semakin mencabar akibat halangan dan tentangan kaum Quraisy terhadapnya kian memuncak dan semakin ganas. Selain itu, tujuan surah ini diturunkan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan umat Islam sendiri tentang akidah tauhid, tentang sejarah perjuangan para anbiya’ dan para pengikut mereka yang beriman dan taat, dan juga tentang fenomena alam semesta yang maha luas ini, khususnya alam ghaib yang amat kompleks itu. Ini penting kerana pada peringkat permulaan wahyu diturunkan, manusia sangat cetek dan dangkal sekali ilmu pengetahuannya terhadap agama, akhlak dan taqwa.